Powered By Blogger

Wednesday, December 9, 2009

LINTAH: BIOLOGI, KEGUNAAN, TERNAKAN DAN PROSPEK

KERTAS MAKLUMAN LINTAH
BIOLOGI, KEGUNAAN, TERNAKAN DAN PROSPEK

Hj. Rosly bin Hassan,
Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar,
Bahaggian Penyelidikan,
Jabatan Perikanan Malaysia,
Glami Lemi, 71650 Titi, Jelebu,
Negeri Sembilan


Biologi

Lintah adalah haiwan akuatik daripada filum Annelida dan famili Hirudinidae. Dilapurkan terdapat 6 spesis lintah tempatan, amnya dikenali sebagai lintah sawah atau lintah kerbau. Bagaimana pun belum ada pengesahan taksonomi keatas spesis-spesis tersebut oleh mana-mana pihak. Ini telah menimbulkan kekeliruan mengenai spesis-spesis lintah yang diternak. Kekeliruan adalah diantara lintah Eropah, Hirudo medicinalis dan spesis tempatan, Hirudinaria sp. Di bawah CITES, lintah Eropah, H. medicinalis adalah spesis terancam (di bawah Appendik II). Ianya spesis yang beriklim “temperate” dan tidak mungkin H. medicinalis sesuai diternak dalam negara. Amnya, lintah adalah ektoparasit dan menghisap darah (sanguivorous). Dihabitat semulajadinya, ia akan menghisap darah ikan, katak, kerbau dan sekiranya ada kesempatan, juga manusia. Bagaimanapun ianya tidak bergantung kepada darah semata-mata untuk hidup. Lintah juga bersifat karnivor, memakan lain-lain hidupan akuatik seperti cacing, serangga dan ikan.



Lintah di dalam tangki ternakan

Oleh kerana tiada maklumat biologi mengenai lintah-lintah tempatan, biologi lintah-lintah India boleh dijadikan panduan dan rujukan. Terdapat 4 spesis lintah India, Hirudinaria viridis, H. manillensis, H. javanica dan H. granulosa. Yang dikatakan “India cattle leech” ialah H. granulosa. Maka maklumat biologi H. granulosa adalah lebih relevan kepada lintah tempatan. Walaupun tanpa sokongan taksonomi yang lengkap, H. manillensis diakui ramai penternak sebagai spesis tempatan yang diternak. Namun begitu lintah-lintah yang diternak dilapurkan daripada jenis-jenis perut hijau dan perut coklat pula. Isu-isu berkaitan genetiks dan taksonomi lintah tempatan perlu diberi perhatian. Analisis DNA boleh mengesahkan samada lintah perut hijau dan lintah perut perang adalah spesis yang sama.

Lintah adalah hemaprodit (mempunyai kedua-dua organ seks jantan dan betina), tetapi memerlukan pasangan dalam pembiakan. Lintah Eropah dan lintah Asia menggunakan kokon sebagai sarang untuk embrionya. Semasa pertumbuhan di dalam kokon, embrio lintah bergantung kepada albumin sebagai sumber makanannnya. Pendapat yang mengatakan seekor lintah tempatan boleh menghasilkan beratus ekor anak adalah tidak begitu meyakinkan. Setakat ini yang diketahui hanya lintah Amazon (Haementeria ghiliani) sahaja yang ”melahirkan” beratus ekor anak tanpa kokon. Tiada maklumat yang boleh menyokong kenyataan bahawa spesies lintah-lintah Asia boleh menghasilkan beratus ekor anak. Contohnya Indian cattle leech (H. Granulosa), selepas 15 hari berada di dalam kokon, anak-anak lintah akan keluar, menyerupai bentuk lintah dewasa. Setiap kokon mengandungi 1-24 ekor anak lintah. Kajian-kajian makmal keatas Hirudinaria manillensis di China pula menunjukkan anak-anak lintah yang keluar daripada kokon hanyalah diantara 4-6 ekor sahaja. Bagi satu lagi lintah Asia iaitu Barbronia weberi yang matang, ia boleh menghasilkan kokon setiap minggu selama tiga bulan. Kemudian produktiviti dan kecergasannya menurun. Kokon B. weberi hanya mengandungi 1-5 telur sahaja dan anak-anaknya akan keluar daripada kokon dalam tempoh 30 hari. Juga terdapat berbagai maklumat yang agak mengelirukan berkenaan jangkahayat lintah tempatan yang dikatakan boleh hidup tidak sampai setahun. Sedangkan jangkahayat H. manillensis boleh mencapai sehingga 6-8 tahun.

Kegunaan

Kegunaan dan manfaat lintah di dalam bidang perubatan telah lama dikenali dan diakui. Amnya lintah-lintah yang dikategorikan sebagai “medicinal leeches” adalah lintah Eropah (H. medicinalis), lintah Asia (H. manillensis) dan lintah Amazon (Haementeria ghiliani). Pihak Food And Drug Administration di Amerika Syarikat (USFDA) hanya mengiktiraf kegunaan H. medicinalis sahaja bagi tujuan perubatan. Ianya sudah lama digunakan dalam bidang perubatan tradisional masyarakat Melayu, dicampur dengan berbagai herba dan kegunaannya sebagai minyak urut. Ia popular khususnya dalam merawat masalah-masalah berkaitan alat kelamin lelaki. Lintah mengandungi bahan-bahan yang boleh dimanafaatkan didalam perubatan, seperti hirudin (antipembekuan) dan hyaluronidase (enzim “manillase”). Hirudin diekstrak sebagai bahan perubatan untuk penyakit-penyakit kardiovaskular dan cerebrovascular. Teknologi pengasingan (isolation), purifikasi dan kaedah pengeluaran ”recombinant” enzim ”manillase” daripada H. manillensis telah pun dipatenkan. Enzim ini digunakan bagi tujuan terapeutik seperti rawatan penyakit-penyakit “myocardial”, “thrombotic events” dan tumor. Seperti mana gamat dan kuda laut, lintah yang telah dikeringkan juga digunakan didalam perubatan tradisional China. Lintah juga digunakan dalam terapi seperti bekam.

Ternakan

Perusahaan produk-produk berasaskan lintah secara tradisional bergantung kepada bekalan lintah liar. Bagaimanapun dalam tempoh kurang daripada lima tahun ini, telah muncul berbagai syarikat yang bersaing dalam mengusahakan produk-produk kesihatan berasaskan lintah. Berbagai jenama produk boleh didapati di farmasi dan toko-toko jamu.

Dengan pesatnya perkembangan industri produk-produk berasasakan lintah, permintaan keatas lintah meningkat secara mendadak. Oleh kerana bekalan lintah liar terhad, maka terdapat pihak-pihak yang mengambil inisiatif mengusahakan ternakan lintah. Berbagai pihak begitu aktif dalam menganjurkan kursus-kursus ternakan lintah dan menawarkan pakej “perladangan berkontrak”. Berbagai sistem dan kaedah ternakan diperkenalkan (kolam, tangki plastik/fiber dan tangki simen). Buat masa ini tiada satu amalan “standard” dalam ternakan lintah. Secara amnya induk lintah (bercampur jenis) dalam jumlah yang tertentu dilepaskan ke dalam kolam/tangki. Contohnya 5,000 ekor induk di dalam kolam berukuran 60’ x 20’ dan ada yang 200 ekor induk di dalam tangki simen berukuran 10’ x 5’. Tiada “complete harvest” sepertimana dalam amalan-amalan akuakultur lain. Oleh kerana jangka hayatnya yang singkat, akan terdapat berbagai generasi dalam sesebuah kolam/tangki. Untuk dibangunkan sebagai satu industri yang mapan, perlu ada satu kaedah ternakan yang melibatkan komponen-komponen seperti induk, benih dan ternakan. Diantara kekangan-kekangan ialah tiada R&D dan kekurangan maklumat biologi untuk menyokong industri ternakan.

Industri ternakan lintah dalam negara masih baru. Masih tiada apa-apa masalah seperti penyakit, bekalan induk dan sebagainya sepertimana masalah-masalah yang dihadapi oleh lain-lain industri akuakultur. Bagi prospek ternakan lintah, isu atau kekangan utama ialah bekalan darah. Lintah memerlukan darah sebagai makanan. Belut sawah (Monopterus albus) dilepaskan ke dalam kolam ternakan lintah. Terdapat juga penternak yang menggunakan Keli Afrika sebagai alternatif. Diantara isu-isu penyelidikan yang dikenalpasti perlu diberi tumpuan ialah taksonomi/genetiks, biologi pembiakan, kaedah ternakan dan pemakanan. Sehingga kini institusi-institusi penyelidikan yang diketahui sedang memberi perhatian kepada lintah ialah Universiti Malaysia Terengganu (biologi, taksonomi & genetik), Universiti Teknologi Malaysia (ekstrak hirudin) dan Jabatan Perikanan Malaysia (PPPAT, Glami Lemi. Jelebu, N. Sembilan; biologi & ternakan).

Benih-benih lintah (bersaiz seperti lidi dan straw minuman) dijual diantara RM0.50-RM0.80/ekor atau RM300/kg. Lintah yang diternak dijual selepas berumur diantara 2-3 bulan dengan harga RM40-RM100/kg atau RM1.50-RM2.00/ekor. Harga induk lintah (bersaiz seperti rokok) pula ialah diantara RM1.20-RM1.80/ekor.

Prospek

Daripada perspektif prospek pasaran, produk-produk lintah adalah minyak yang berasaskan lintah, hirudin dan enzim ”manillase”. Pasaran produk-produk seperti minyak lintah adalah untuk pasaran domestik dan kemungkinan pasaran serantau sahaja. Tanpa ujian-ujian klinikal, adalah sukar untuk menembusi pasaran EU dan USA. Pasaran global yang sebenarnya ialah hirudin dan enzim ”manillase” bagi tujuan perubatan. Dilapurkan hirudin bernilai RM7,000.00/g.

Walaupun ada permintaan dan tawaran harga yang baik, untuk menampung (sustain) industri pada jangka masa panjang bekalan lintah perlu bergantung kepada aktiviti-aktiviti ternakan. Sehingga ini tiada maklumat mengenai jumlah penternak lintah dan perdagangan (volum & nilai) lintah dan produk-produk berasaskan lintah dalam pasaran. Walaubagaimanapun terdapat beberapa syarikat dalam negara yang mengiklankan jualan lintah melalui internet. Sehingga kini usaha-usaha penternakan lintah di Malaysia hanya berkisar diantara individu-individu/berkelompok yang sediada dengan penternak-penternak baru. Penternak lama membekalkan lintah dewasa (induk) kepada penternak baru. Penternak-penternak baru pula bertambah selepas menghadiri kursus-kursus ternakan lintah dan diberi gambaran boleh menjadi kaya raya. Ada juga pihak-pihak yang mengimport lintah dari Thailand bagi menampung permintaan penternak-penternak tempatan. Setakat ini tidak diketahui sebanyak mana sebenarnya lintah-lintah yang diternak telah diproses untuk dijadikan produk.

Di China terdapat dua syarikat iaitu Guangxi Lannuo Biotech Co. Ltd dan Nanning Kekang Biotech Co. Ltd yang menternak lintah H. manillensis secara berskala industri untuk menghasilkan hirudin. Guangxi Lannuo Biotech Co. Ltd telah memfailkan paten untuk sistem ternakan H. manillensis dan teknologi ekstrak hirudin. Kekang Biotech Sdn. Bhd. menyatakan ia mempunyai fasiliti ternakan H. manillensis yang terbesar di dunia. Selain itu, BioPharm di Wales, UK menternak H. medicinalis bagi tujuan kegunaan dalam perubatan.



Sunday, November 8, 2009

Contract Farming with BEBA

Hari ni LK dapat Contract Farming Agreement dari Borneo Eco-Bio Agrotech(BEBA). Surat tawaran untuk menjadi Penternak Kontrak dan Perjanjian menjual kembali lintah-lintah kepada BEBA selepas tempoh matang 6 - 8 bulan pada harga yang telah ditetapkan.
Surat perjanjian perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah dan dimatikan setem. Ini LK akan lakukan dalam masa yang terdekat.

Sunday, October 18, 2009

Lunch Lintah: Keli Kampung

Pada hari Ahad,19hb Oktober 09, semua tiga-tiga tangki Faizah, Salina dan Tanzim telah dijamu dengan keli kampung. Pn Salina telah berbesar hati untuk menjual keli yang dipancing suaminya untuk majlis jamuan tersebut. Ada 4 ekor keli, 2 kecik dan 2 sederhana besar. Ini keli kampung, tidaklah macam Keli Afrika - besar gajah. Cukuplah untuk jamuan pada semua geng lintah.

Keli kampunglah yang lebih baik kita bagi pada lintah. Macam orang juga, kalau makan telur ayam kampung kan subur. Banyak makan telur ayam enjit silap-silap boleh jadi Auw!...orang kata.

Sebab tu LK pastikan semua lintah dalam tangki kita dijamu dengan keli kampung sahaja. Darah keli kampung bagi lintah lebih hebat mengawan...cepatlah kita dapat capai KPI 40k ekor dalam masa 6 bulan!.
Minggu lepas ada sekor keli lebih, masih nidup. Achu pun masukkan dalam tong yang sama dengan keli kampung yang baru. Besoknya, Achu terkejut bila dia dapati keli ayng sekor tu mati. memang keli kampung tu ragging keli lama tu.


Chieunaseng! badan je besar kena ragging lalu mati!


Achu mula memproses keli kampung 4 ekor untuk menjamu lintah-lintah yang dah lapar darah tengahari pukul 12.30pm. Pukul 12.45pm keli-keli tu pun mula dimasukkan ke dalam ketiga-tiga tangki. Yang paling besar sekali dalm Tangki Faizah sbb jumlah dalam tangki ni lebih banyak (sbb masuk 2 minggu awal - cepat masuk, cepatlah beranak....)


Dua ekor ni masuk dalam Tangki Tanzim-saiz keli kecik...so masuklah 2 ekor. Populasi dalam Tanzim belum banyak lagi..so kira ok lah tu...


Jimmy dari Eco-Borneo akan datang untuk buat pemeriksaan hari ini. Katanya pukul 3.30pm akan sampai. Sementera menungu kedatangan Jimmy, LK & Geng Lintah juga menunggu Wak masak nasik lauk kari dagin. Sedap Wak masak.... (makan free memang sentiasa sedap!) Dia kata nak bawak Contract Farming Agreement.

Kita makan kat dalam , koloni lintah dalam 3 tangki tu melibas keli yang disajikan. Fuh! ngeri wa cakap lu... tengok je lah gambar-gambar di bawah.

Malu-malu pulak.....keli dah masuk, macam tak sudi pulak... sapa nak mula dulu??

Sekor sekor mula menjamah rezeki depan mata

Yang lain masih buat selamba...sibuk buat kerja lain...tu yang melekap-lekap tu sedang mengawanlah tu...

Yang sekor ni pulak nak pi mana....nun poi isap darah nun....


Overflow yang elok berfungsi....mengekalkan paras air yang optimum...tapi ada kala waktu hujan lintah-lintah ni berpakat lepak ramai-ramai kat overflow tu, melekap pada lubang...menghalang air keluar. Ada satu hari tu hujan lebat dan overflow depa sumbat, air naik sehingga lagi 6 inci nak melimpah. Nasib baik Achu perasan...perlahan-lahan Achu pujuk depa main tempat lain..

Berebut-rebut makan memang best!

Keli dalam pelukan maut...adus..! Kalau orang pun boleh kering!

Aksi menjolok mata...bersantai selepas kenyang!

Selepas 3-4 jam keli-keli dikeluarkan untuk proses seterusnya, post-mortem. Achu memang pakar bab beleh membelah ni. Keli dari Tangki Faizah dan Salina semua clear...tak ada lintah yang masuk dalam perut dan insang keli. Tapi keli dari Yam Tanzim lain cerita. Ada dua ekor lintah degil yang masih melekat. Puas dipujuk dek Achu suruh lepas hanya sekor je yang lepaskan keli tu. Seekor lagi lintah yang agak besar tak mahu.

Lihatlah bagaimana Achu pujuk, main tarik je. Oi! Tak boleh tarik cam tu. Takut nanti gigi lintah patah. Kalau ini berlaku, lintah akan mati sebab tak dapat makan (dah gigi tak ada, camana nak makan)

Cengkaman lintah sangat kuat di bahagian ekor. Lagi ditarik lagi kuat ia mencengkam. Cara yang terbaik ialah dengan mengurut perlahan-lahan badan lintah. Masukkannya dalam baldi yang ada sedikit air. Lintah tu akan mula bergerak menghala ke sana ke mari mencari laluan sesuai, tapi suction bahagian ekornya tidak akan dilepaskannya sehingga ia puas hati ada lalauan yang sesuai untuk ia beralih pergi.

Sedutan yang sangat kuat....macam nak putus..

Mula mencari laluan keluar, tapi ekor tak leas-lepas juga.

Selepas beberapa lama barulah Achu dapat memujuk lintah tersebut untuk melepaskan keli yang malang. Tempat yang disedut/suction area bertanda biru gelap. Urutan perlahan-lahan memang menjadi daya pemujuk yang berkesan. Ingat! jangan tarik tapi urut dan belai...baru dapat lepas.

Selepas tidak ada lagi lintah melekat di badan keli, barulah boleh mulakan pembedahan. Tapi hati-hati takut terpotong lintah terutama anak-anak lintah yang suka masuk ke dalam insang dan mulut keli. Kadang-kadang ada yang sampai masuk dalam perut. kalau dibuang terus bangkai keli tu kan ke rugi jika ada yang menyorok dalam perut.


Tak dapat jadi doktor bedah orang...bedah keli pun ok, ya Chu!

Video klip pendek bagaimana Pakar Forensik Dr. Achu Lintah membedah keli.

Friday, October 16, 2009

Hari Hujan Lintah Pun Hyperactive!

Dah dua hari tak hujan di Kuching. Semalam LK tengok lintah dalam ketiga-tiga tangki relax je. Tangki Faizah nampaknya mendahuli tangki yang lain. Jumlah lintah lebih banyak....iyalah dia mula dekat sebulan awal. Bila hujan lebat macam tadi..... maka mengelintinlah semua lintah-lintah tu berenangan sakan dalam tangki.... yang memanjat nak keluar pun banyak. Masa ini lah kalau nak bukak penutup perlu hati-hati sebab banyak lintah dah berkumpul di tepi sebelah dalam penutup. Pantang ada lubang/ruang...maka keluarlah nak lepaskan diri...

Ada satu hari lepas raya, Achu terperanjat bila terlihat ada sekor lintah sedang memanjat dinding rumah jiran. Hari baru lepas hujan lebat. Bagaimana dia dapat keluar, entah lah.... semua ruang tertutup rapat. Mungkin dia dapat menyelit ikut liang silikon (pelekat netting pada bukaan penutup tangki) yang tak rata agaknya. Nasib baik Achu nampak...kalau tak dibuatnya masuk rumah sebelah...mahu kecoh satu dunia!! Silap2 direport polis dek mereka....

Jimmy patut datang pukul 2pm hari ini untuk buat pemeriksaan berkala yang pertama ke atas Lintah Kuching, tapi tak jadi nampaknya sebab hujan terlalu lebat. Pemeriksaan tak boleh dibuat kalau hujan..jadi ditangguh ke hari Ahad depan..InsyaAllah..

Contract Farming agreement akan ditandatangan semasa pemeriksaan tersebut.

(Alamak....kompeni enterprise tak buat lagi...) .... :)



Monday, October 5, 2009

Rindu Terubat...

Sepuluh hari LK cuti balik kampung berhari raya sakan. Lintah2 dalam 3 tangki yang baru masuk tu LK serahkan pada sahabat LK, Achu. Ikut jadual, Tangki Faizah perlu diberi makan pada hari raya Ahad 20hb sep. Tapi sebab, hari raya Achu gi berjalan, maka majlis makan kenduri keli ditangguh ke hari Isnin 21hb. Tak kesahlah...janji T.Faizah dapat cukup darah.
LK talipon, Achu hari raya ke-3..semua beres katanya. LK di Malaya terasa tak senang duduk mengenangkan lintah-lintah tu. Rindu pulak rasanya.....
Semalam LK dah sampai semula ke Kuching. Achu pun bagi laporan. Lintah dalam semua tangki sihat dan aktif katanya. Terutamanya selepas hujan dan waktu senja. Mungkin agak sejuk menyebabkan mereka aktif. Lintah2 ni kalu aktik, tak dak keja lain...mengawan lah apa lagi...
He..he..he..tu memang bagus. Lagi banyak dan kerap korang mengawan..lagi bagus...kencang la!
Achu bagi tau masa hari raya dia pegi ziarah lintah2 tu...ada sekor terlepas!! Dia tak perasan mula2..tapi bila dia terpandang pada dinding rumah jiran...ada sekor induk lindah tengah memanjat! Tu yang dari tangki Tanzim! Nasib baik jiran sebelah dah siap renovate rumah dia...kalau tak mungkin lintah tu sempat masuk buat havoc dalam rumah jiran! Baru haru!!
Semalam semua tiga tangki diberi makan ikan keli. Sepatutnya Ahad lepas, tapi Salina the Keli Supplier sibuk pegi panggilan (kenduri kawin), petang dah senja baru hantar...so tangguhlah bagi makan ke petang semalam Isnin. Walaupun hujan lebat semalam...Achu dan Mizam bagi gak keli dalam 3 kolam tu.... Agaknya apa komen Jimmy bila dia tau depa bagi makan lintah waktu senja dan hujan lebat... Yang pastinya, kata Achu...semua keli disambut mesra oleh lintah-lintah yang lapar dalam ke3, 3 tangki!!

Wah....balik Kuching rindu pun terubat melihat lintah yang dah mula bernak pinak....

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya dari Lintah Kuching!

Lintah Kuching mengucapkan
Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Maaf Zahir Bathin
kepada semua rakan taulan dan para pengunjung. Semuga Eidul Fitri tahun ini diberkati Ilahi...Amiin.
Jika anda memandu untuk balik kampung atau beraya sakan , jangan lupa pakai talipinggang keledar termasuk penumpang di belakang.
Ingat juga!
JANGAN GUNA HAND PHONE SEMASA MEMANDU!

Sunday, September 13, 2009

Keli Segar Untuk T. Faizah

Semalam Tangki Faizah diberi makan keli mengikut jadual. Ini kali ke-2 koloni lintah dalam Tangki Faizah diberi makan. Kali pertama dulu ialah ahad 06/09/09 lepas. Husmizam yang bagi makan kali pertama dulu kerana LK berada di Miri.
Untuk kali ke-2 ini LK dan Husmizam sama-sama memproses keli segar untuk diberi kepada lintah-lintah dalm Tangki Faizah. Minggu lepas Husmizam beli 3 ekor ekli di pasar Bt7. Seekor dikorbankan untuk lintah dan lagi 2 ekor disimpan dalam tangki spare yang juga tempat membiak keladi bunting. Malangnya seekor keli telah melompat keluar tanpa sapa pun perasan. Tau-tau ada bau busuk di belakang tangki. Achu yang masa itu sedang mengemaskan laman tangki terjumapa ikan keli malang tu...dah berulat.
Lagi malang ialah yang tinggal seekor lagi. Husmizam pun satu hal...dah tau menginang(membela) ikan keli, pandailah bagi makan. Ni tak... semalam masa nak bagi makan lintah, baru dia perasan ikan keli yang dalam tangki keladi bunting tu dah reput membusuk mati dalam tangki.... Adus...baru teringat tak pernah bagi makan sejak seminggu beli.
Kelam kelibut Husmizam pegi cari ganti kat pasar Bt 7. heran.... Pasar Minggu Satok tak ada jual keli hidup..mmmm..
Tepat pukul 2ptg, keli dijahit mulut dengan dawai untuk mengelakkan dia pulak yang menelan lintah tu. Siap dijahit mulut lalu keli pun di masukkan dalam tangki. kalu minggu lepas kata Husmizam, masuk jer terus kena terkam. Tapi kali ni , rilek jer lintah-lintah. Hampir 5 minit dalam tangki baru ada 5 ekor lintah hinggap. So betullah kata Jimmy Eco-Borneo, masa lintah belum banyak dalam tangki tak perlu bagi keli tiap-tiap minggu, cukup 2 minggu sekali...baru depa perlahap keli tu habisa-habisan...mungkin gak...so ingat minggu depan Tangki Faizah tak perlu diberi lagi sampai minggu satu lagi.


Tengok keadaan pun lintah-lintah dalam Tangki Faizah ni asyik aktif je berpacaran!....Dah cukup darah la tu...(Nota: Lintah makan darah untuk tujuan pembiakan, spt juga nyamuk...dapat darah lajulah dia mengawan...
Di bawah ini disertakan gambar-gambar proses memberi lintah 'makan' darah keli...
Keli yang dah dijahit mulut dah sedia untuk dihidang kepada lintah Tanggki No. 1 Faizah
Keli sedang dimasukkan perlahan-lahan ke dalam tangki.
Keli sedang berenang-renang memanggil pemangsa..."mari-mari hisaplah darah aku..."
Mmmm... belum banyak yang hinggap ye....
Orang nak bagi makan , dia sibuk berpeleseran...!
Adegan yang tak hingin kita lihat....part ni Husmizam kata dia tak mahu lagi makan keli nih...
Selepas 2jam setengah....bayak lintah dah lepaskan diri kecuali yang degil sekor dua....keli tu dah keras dah tu....pucat semacam..


Keli yang dah jadi hampas...(keli: hampeh! kau lintah!)


Hah..tengok...habis darah dia beb!
Keli yang telah dibuat 'Open Histerectomy'...pembedahan ini adalah untuk memastikan tiada lintah yang masuk dalam perut keli (dimakan keli). (Maaf, gambar ini agak graphic....budibicara ibubapa diperlukan..) Achu nak campak dalam sungai belakang rumah dia buat makanan ketam...


Friday, September 11, 2009

Lintah @ Kuching Kick Start

Wah.... nampaknya Lintah Kuching dah bermula dengan jayanya. Adalah benda kecil yang kena adjust tapi lebih 400 ekor induk lintah telah masuk dalam 3 polytank 150gal. Kalau ikut perkiraan awal dalam masa 6 bulan Lintah Kuching patut dapat 1200ekor x 100 =120,000 ekor lintah. Itu target Lintah Kuching.
Walaubagaimanapun, yang penting adalah penjagaan air dan kesihatan koloni lintah dalam 3 tangki tersebut.


Sepatutnya Lintah Kuching dah mula awal bulan Ogos 09 lagi tapi masalah polytank tak ada dalam pasaran. Mula-mula nak guna yang 100gal tapi tak ada. Yang ada cuma 150gal sahaja itu pun cuma sebuah sahaja yang tinggal di kedai hardware Wija, Jalan Astana. Selepas berbincang dengan rakan kongsi, maka Lintah Kuching akan menggunakan tangki 150gal. lah.





Lintah Kuching banyak merujuk dengan website Lintah Kedah. dari situ banyak maklumat yang diperolehi dan Lintah Kuching improvise segala maklumak yang ada dan ditambah dengan maklumat yang ada maka kita buatlah Leech Farm Lintah Kuching yang ada sekarang. Pun begitu kita akan sentiasa membuat perubahan jika baik untuk Lintah Kuching.

Tangki No.1 Faizah - Tangki pertama yang dimasukkan benih induk-induk lintah pada 27/08/09




Tangki No.2 Salina - Tangki ni baru masuk induk kelmarin 10/9/09. Ingat nak masukkan pada tarikh keramat 09/09/09, tapi si Jimmy lak tak jadi datang hantar lintah. jadi terpaksa ditunda keesokannya.

Tangki No.3 - Yam Tanzim - Tangki ni sama kes dengan Tangki Salina.

Tangki Faizah dah mula diberi makan darah keli pada 04/09/09 minggu lepas. Dari warna hitam keli tu jadi warna putih pucat!! Ikut hati memang kesian tapi apa nak buat camana, dah memang lumrah alam lintah dan keli begitu..... :)

Insyaallah, nanti Lintah Kuching akan upload gambar-gambar kenduri keli...